Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gayut Depan Bonet Untuk Tuntut Hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gayut Depan Bonet Untuk Tuntut Hutang

MENJADI tradisi untuk membayar semula hutang yang telah dibuat. Tidak kiralah sebesar mana wang yang dipinjam, ia tetap harus dipulangkan semula.

Yang si penghutang pun mestilah bertanggungjawab membayar balik duit kepada si pemberi hutang.

Baru-baru ini tular satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) tentang pasangan kekasih yang bergayut depan bonet kereta untuk menuntut semula hutangnya.

Khabarnya insiden itu berlaku di timur China. Situasi itu terjadi kepada seorang wanita bersama teman lelakinya yang ingin menuntut hutang daripada bekas teman lelaki wanita tersebut.

Jadi, mereka mengambil keputusan nekad untuk memaut pada bonet sebuah kereta SUV warna putih yang bergerak dengan laju di lebuh raya dekat Taizhou di wilayah Jiangsu.

Dikatakan pasangan kekasih berkenaan hanya berpaut pada pengelap cermin kereta lelaki yang dikenali sebagai Zhong itu. Mereka berpaut pada bonet tersebut kerana mendapati Zhong mahu melarikan diri.

Aksi dramatik berkenaan bagaimanaun membawa kepada penahanan oleh pihak polis selepas lebih kurang tiga kilometer mereka berada dalam keadaan begitu.

Wanita itu menceritakan yang Zhong telah meminjam sejumlah wang daripadanya semasa mereka menjalinkan hubungan.

Tetapi, apabila berpisah, wanita tersebut telah menuntut semula wang yang dipinjamkan kepada lelaki itu.

Namun, bekas kekasih wanita tersebut menjelaskan yang dia sedang dalam proses membayar hutang tersebut secara ansuran.

Malangnya, wanita tersebut tidak berpuas hati dan nekad untuk berpaut depan bonet kereta SUV itu bagi menghalangnya cuba melarikan diri.

“Ketika kami bercinta saya mengalami masalah kewangan dan dia meminjamkan wang kepada saya.

“Kini selepas berpisah dan mempunyai kekasih baru dia menuntut saya menjelaskan semua hutangnya,” kata Zhong dipetik laporan Harian Metro.

Bukan ke lagi bagus duduk berbincang dapatkan kata persetujuan kedua-dua belah pihak. Tak adalah sampai nak membahayakan nyawa sendiri mahupun orang lain. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiyByY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.