Hi! Welcome Back and Stay Tune! 19 pusat pemindahan di Perlis masih beroperasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

19 pusat pemindahan di Perlis masih beroperasi

KANGAR: Sebanyak 19 pusat pemindahan (PP) banjir masih beroperasi di Perlis dengan menempatkan 1,504 mangsa dari 419 keluarga sementara lima yang lain telah ditutup.

Empat yang ditutup ialah dalam kawasan Parlimen Padang Besar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, PP Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir dan Masjid Banggol Sena sementara sebuah lagi berada dalam kawasan parlimen Arau iaitu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, Hwa Aik Pauh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad memberitahu hanya dua PP yang masih beroperasi dalam kawasan Parlimen Padang Besar iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri dan Pusat Khidmat Mata Ayer.

Di kawasan Parlimen Kangar terdapat sembilan PP yang masih beroperasi iaitu di SK Bintong, SK Panggau, SK Sri Perlis, Dewan Orang Ramai Kota Keran, Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam, SK Sena, Dewan Orang Ramai Repoh, Dewan Orang Ramai Taman Seri Pilihan dan Dewan Orang Ramai Tok Kandang.

Di kawasan Parlimen Arau, ia membabitkan lapan PP yang masih beroperasi iaitu Dewan Titi Besi, Dewan Orang Ramai Guar Halban, SK Kampung Serdang, Dewan Padang Nyu, Dewan Orang Ramai Bumbung Lima, SK Kubang Gajah, PP MADA Guar Sanji dan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Petani.

-- BERNAMA



Sumber 19 pusat pemindahan di Perlis masih beroperasi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fowVAb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.