Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beratur panjang seawal 6.30 pagi demi ayam RM1 seekor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beratur panjang seawal 6.30 pagi demi ayam RM1 seekor

LEBIH 300 orang sanggup beratur panjang seawal 6.30 pagi bagi mendapatkan ayam segar yang dijual RM1 seekor di cawangan Ayam Bismi di Taman Pekan Baru, Sungai Petani hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bismi, Mazlina Kamarudin berkata, 100 ayam segar dijual dengan harga RM1 bersempena pemindahan cawangan mereka dari Sungai Lalang, Sungai Petani ke lokasi baru itu.

“Kita tidak sangka sambutan amat menggalakkan apabila ramai yang sudah mula menunggu seawal 6.30 pagi.

“Dianggarkan lebih 300 orang mula beratur sebelum jualan bermula iaitu pada 7.30 pagi,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, ayam yang dijual RM1 adalah ayam bersaiz besar dengan berat kira-kira 2.9 hingga tiga kilogram ke atas yang biasanya bernilai RM20 ke atas di pasaran.

Kesemua 100 ayam berharga RM1 itu habis dijual pada 8.30 pagi.

Katanya, jualan murah itu satu daripada program ‘Huluran Sayang’ yang dijalankan oleh pihaknya bagi membantu orang awam dalam mendapatkan ayam segar dengan harga murah di samping berkongsi keuntungan dengan pelanggan.

“Dengan adanya jualan seperti ini, kita nak tunjuk bahawa seringgit itu pun adalah bernilai selain kita nak galakkan kedatangan orang ke cawangan kita.

“Kita nampak program ini sangat merangsangkan orang ramai dan kita akan cuba lakukan di tempat lain di masa hadapan,” katanya.

Selain ayam segar yang dijual RM1, orang ramai juga tidak melepaskan peluang mendapatkan ayam segar ditawarkan pada harga RM5.99 sekilogram di cawangan itu.

 

 

Sumber: Harian Metro

 



Sumber Beratur panjang seawal 6.30 pagi demi ayam RM1 seekor

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgIX5Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.