Buaya Serah Diri Di Aidiladha
Buaya Serah Diri Di Aidiladha
✍ Sumber Pautan : ☕ Cerita Malay World
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYpZ3Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
SARATOK – Bukan kambing, jauh sekali lembu.
Penduduk Kampung Kaba di sini menyambut Aidiladha hari ini dengan ‘korban istimewa’ iaitu seekor buaya, lapor Awani.
Buaya betina sepanjang 4.5 meter dengan lebar perut 1.62 meter ditangkap setelah ‘menyerah diri’ kepada jerat yang dipasang penduduk.
“Sebelum ini, kehadirannya beberapa kali disedari penduduk, apabila merangkak di dalam parit berhampiran, hingga ke kawasan kediaman bagi memburu ternakan ayam dan kambing.
Seorang penduduk, Loboi Kim, 50, memberitahu, oleh kerana penduduk kampung bimbang akan ‘keberanian’ reptilia itu memasuki kejiranan mereka, maka mula memasang jerat termasuk jenis pancing.
“Namun usaha itu gagal dan sebanyak dua kali pancing dan jerat yang dipasang putus dan buaya tersebut berjaya lolos.
Bagaimanapun, sekitar jam 6 pagi tadi, penduduk gempar apabila akhirnya sang bedal tewas setelah tersangkut dan terperangkap pada jerat yang dipasang.
“Penduduk yang menyedari kehadiran buaya tersebut, segera menguruskan tangkapan tersebut dengan melakukan pasungan dan mengikatnya.
“Malah, kelompok penduduk dewasa yang sedang siap sedia untuk melaksanakan ibadah sembelihan korban terpaksa meluangkan masa lebih dua jam untuk mengikat buaya itu kerana ia meronta hendak melepaskan diri.
Reptilia tersebut kini diikat pada mulut dan ditutup matanya sebelum dipasung di dalam parit kecil di kampung berkenaan.
“Ini bagi membolehkan pihak berkuasa memutuskan tindakan selanjutnya berhubung dengan ‘hasil tangkapan’ ini,” katanya.

Post a Comment