Bumbung 16 Buah Rumah Diterbangkan Angin Ribut
BELURAN: Sebanyak 16 rumah di Kampung Air di sini mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda kampung itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran Superitendan Sivanathan Velautham berkata dari laporan yang diterima, seramai 150 penduduk terjejas dalam kejadian angin ribut yang menerbangkan bumbung rumah terbabit.
Tiada kecederaan dilaporkan dan penduduk terlibat masih tinggal di rumah mereka, katanya kepada Bernama.
Dalam pada tu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Air Andraman Kahar berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.05 petang ketika hujan lebat.
Katanya bumbung dapur rumahnya turut diterbangkan dalam kejadian ribut itu.
Sementara itu, Pejabat Parlimen Beluran diwakili Setiausaha Sulit Anggota Parlimen Beluran Samad Jambri dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk Abdul Rahman Kangkawang melawat kampung terlibat hari ini. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wroMAH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment