Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Melancarkan Komputer Riba Siri Inspiron Dengan Cip Intel Core Gen-8 – Harga Bermula RM3599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Melancarkan Komputer Riba Siri Inspiron Dengan Cip Intel Core Gen-8 – Harga Bermula RM3599

Dell hari ini telah melancarkan komputer riba terbaru mereka dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 dibawah siri Inspiron. Tiga model ditawarkan, iaitu Dell Inspiron 13 7000 2-dalam-1, Dell Inspiron 15 7000 2-dalam-1 dan Dell Inspiron 15 7000.

Siri Dell Inspiron ini dilihat ingin menawarkan kuasa pemprosesan yang baik pada harga yang lebih mampu-milik berbanding siri keluarga XPS.

Dell Inspiron 7000

Dell Inspiron 13 7000 2-dalam-1 hadir dengan skrin 13.3-inci FHD dengan sokongan skrin sentuh, menggunakan cip Intel Core gen-8 dalam pilihan Core i5 atau Core i7, memori 8GB RAM, dan ruangan storan berasaskan SSD 256GB. Pengguna turut boleh menambah-baik prestasi storan dengan menggunaakn storan berasaskan PCIe NVMe SSD.

Dell turut menekankan kepada ciri ketahanan bateri yang lebih lama, serta menawarkan sambungan USB-C. Ia turut menawarkan rekaan dengan bingkai yang nipis – tetapi tidak senipis XPS 13.

Bagi anda yang inginkan rekaan komputer riba tradisional dan bukannya inginkan komputer riba dengan rekaan 2-dalam-1, Dell menawarkan Dell Inspiron 7000 (7570). Menariknya adalah komputer riba ini turut hadir dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce 940MX (4GB), serta menawarkan storan gabungan SSD dan HDD 1TB.

Dell Inspiron 15 7000 (7570) kini ditawarkan pada harga bermula RM4449, Dell Inspiron 13 7000 (2-dalam-1) pada harga bermula RM5449, dan Dell Inspiron 13 5000 (2-dalam-1) pada harga bermula RM3599.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wT2qcX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.