Hi! Welcome Back and Stay Tune! “DIA suruh saya melalak dekat dinding” – Dedah Awie ketika belajar vokal dengan M Nasir 30 tahun lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“DIA suruh saya melalak dekat dinding” – Dedah Awie ketika belajar vokal dengan M Nasir 30 tahun lalu

“DIA suruh saya melalak dekat dinding,” kata penyanyi Wings, Datuk Awie menceritakan pengalamannya mempelajari vokal bersama penerbit dan komposer tersohor, Datuk M Nasir, kira-kira 30 tahun lalu.

Awie berkata, ketika itu Wings baru bergelar artis rakaman dan bakal merakamkan album sulung yang diterbitkan M Nasir.

“Saya naik bas dari Taman Melawati, Hulu Klang ke Puduraya dan dari Puduraya kemudian ambil bas lain ke Sungai Buloh untuk ke rumahnya.

Sebaik tiba di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, beliau suruh saya melalak dekat dinding. Saya pun pergilah melalak dekat dinding,” katanya.

Awie berkata, bermula dari situlah, proses pembelajaran bermula dengan cara sendiri dan akhirnya proses rakaman album Wings bermula.

“Album pertama (Belenggu Irama) agak sukar juga untuk saya. M Nasir kata kalau kami dapat jual 10,000 unit kaset pun cukuplah. Tapi sebenarnya ia satu cabaran buat kami dan alhamdulillah album itu berjaya dijual sebanyak 180,000 unit.

“Selepas itu baru saya tahu susahnya jadi seorang penyanyi dan saya terus ambil kelas nyanyian dengan pensyarah muzik dan vokal, Siti Chairani Proehoeman pada 1988. Alhamdulillah selepas itu saya buat album demi album bersama Wings dengan baik terbitan M Nasir,” katanya.

Pengalaman menarik ini dikongsi Awie ketika ditemui pada sesi latihan Wings dan M Nasir di A’Via Musicom Studio, Pandan Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia sempena konsert istimewa mereka dalam Fiesta Getthiss di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, jam 8.45 malam, Sabtu ini.

Pastinya gandingan anak murid dan sifu ini menghasilkan satu kelainan dan menerbitkan perasaan teruja dalam kalangan penonton untuk hadir menyaksikannya.

Awie dan M Nasir sendiri turut teruja untuk kembali beraksi di atas satu pentas selepas melakukannya pada Konsert Wings & Superfriends di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada April lalu.

“Ia boleh dikatakan kali pertama Wings bekerjasama dengan M Nasir yang kami anggap sifu. Kalau ada pun sebelum ini ia membabitkan ramai artis di atas pentas. Tapi kali ini eksklusif Wings dan M Nasir sahaja.

“Ia istimewa bagi kami kerana tak pernah merasa. Pada 1987, beliau menerbitkan album Wings dan kali ini M Nasir sama-sama berkongsi pentas dengan Wings dan Wings turut bertindak sebagai pemuzik pengiring beliau,” kata Awie.

Sementara itu, M Nasir menjanjikan satu persembahan yang mantap bersama Wings dan dapat menyanyikan lebih lagu solo berbanding ketika dalam Konsert Wings & Superfriends.

“Sangat menyeronokkan buat saya dan tentunya peminat. Saya akan menyanyi solo dan berduet dengan Awie dalam beberapa lagu,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “DIA suruh saya melalak dekat dinding” – Dedah Awie ketika belajar vokal dengan M Nasir 30 tahun lalu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xdLmOz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.