Dr M bebas keluar masuk Sarawak, kata ketua menteri
BAU, 23 Sept ― Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bebas masuk ke Sarawak, kata ketua menteri Datuk Amar Abang Johari Openg.
Katanya kerajaan negeri tidak akan menghalang kemasukan pengerusi Pakatan Harapan itu atau pemimpin pembangkang lain kecuali individu yang ekstrem seperti Datuk Seri Jamal Yunos dan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
“Jika mereka nak datang, biarkan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau mengulas Dr Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Lim Kit Siang dan Dr Hatta Ramli yang dijangka hadir ke majlis himpunan politik di Kuching malam esok.
Dr Mahathir dijangka tiba pukul 4.45 petang esok ke Taman BDC di Kuching sementara Lim hadir pukul 1.30 petang hari sama.
Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber Dr M bebas keluar masuk Sarawak, kata ketua menteri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wNLP5t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment