Dua lelaki bawa buku lima, pisau lipat kantoi di Serian
SERIAN: Dua lelaki Melayu berusia 22 dan 24 tahun ditahan polis Serian malam tadi selepas disyaki memiliki dua senjata berbahaya.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, mereka ditahan sekitar jam 11.30 malam di perhentian bas hadapan Hospital Serian.
“Ketika itu sepasukan pegawai dan anggota siasatan jenayah Serian sedang menjalankan tugas cegah jenayah dan menahan suspek yang mencurigakan.
“Pemeriksaan lanjut pada badan salah seorang suspek kemudian telah menjumpai satu buku lima dan sebilah pisau lipat yang dikategorikan sebagai senjata berjadual.
Salah seorang suspek juga katanya, didapati positif dadah jenis syabu.
Kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda RM2 ribu atau kedua-duanya sekali. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k1agex
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment