Hi! Welcome Back and Stay Tune! F1: Mercedes-AMG Petronas lakukan terbaik di GP terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

F1: Mercedes-AMG Petronas lakukan terbaik di GP terakhir

KUALA LUMPUR: Berbaki enam perlumbaan, pemandu Formula One Valtteri Bottas tidak rasa tertekan untuk mencari penamat 1-2 buat pasukan Mercedes AMG-Petronas dalam merebut gelaran juara kategori pemandu musim ini.

Sebaliknya, pelumba dari Finland itu lebih selesa untuk mengharungi perlumbaan satu demi satu dengan saingan paling hampir di laman sendiri Formula One Grand Prix Malaysia Jumaat ini.

Ketika ini, rakan sepasukan Bottas yang juga juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton mendahului kedudukan keseluruhan dengan 263 mata manakala seteru utama dari pasukan Ferrari Sebastian Vettel di tangga kedua dengan 235 mata dan Bottas ketiga, 212 mata.

“Seperti di Singapura, ia menunjukkan apa juga boleh berlaku (dalam perlumbaan) dan kamu tidak tahu apa yang akan terjadi.

Valtteri Bottas (kiri), bersama rakan sepasukannya Lewis Hamilton dan Pengurus Teknologi Minyak Chan Ming Yau (tengah).

“Jadi, kami mungkin akan mengambilnya secara peringkat demi peringkat. Sejak berpindah dari Williams Martini Racing, awal tahun ini, saya juga semakin menunjukkan peningkatan bersama pasukan.

“Saya juga mengalami beberapa minggu perlumbaan yang sukar tetapi berharap dapat kembali menemui tahap prestasi terbaik bagi merebut gelaran untuk tahun ini,” kata Bottas ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Hamilton akui cabaran memburu kejuaraan pada kali ini, adalah sengit.

Dalam pada itu, Hamilton turut akui cabarannya untuk memburu gelaran juara dunia musim ini cukup berbeza berbanding sebelum ini kerana perlu bersaing sengit dengan Vettel.

“Kami dilihat mendominasi saingan selama beberapa tahun termasuk musim lalu. Saya menikmati cabaran kali ini kerana perlu bersaing dengan pemandu pasukan lain yang sudah lama saya tidak alami (Vettel).

“Tapi beberapa perubahan peraturan dan jentera menyaksikan Ferrari mempamer aksi terbaik pada awal saingan. Namun beberapa pusingan terakhir menyaksikan kami berjaya kembali ke landasan tepat,” kata Hamilton.

Pada musim lalu, Hamilton tewas kepada Nico Rosberg untuk rebut gelaran juara dunia.

Namun pada musim 2014 dan 2015 Hamilton berjaya menewaskan rakan sepasukannya itu.

Mengulas mengenai perlumbaan akhir GP Malaysia hujung minggu ini selepas 18 tahun penganjurannya, Hamilton berkata sudah tentu sasaran adalah untuk meraih kemenangan sebagai hadiah terbaik untuk peminat.



Sumber F1: Mercedes-AMG Petronas lakukan terbaik di GP terakhir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVlrqu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.