Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hampir separuh mangsa banjir Kedah dibebar pulang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hampir separuh mangsa banjir Kedah dibebar pulang

Keadaan banjir di Taman Sri Murni, Jitra Kedah pada 24 Sept 2017. — Foto ihsan Facebook/Info BanjirKeadaan banjir di Taman Sri Murni, Jitra Kedah pada 24 Sept 2017. — Foto ihsan Facebook/Info BanjirALOR SETAR, 26 Sept — Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah setakat pukul 8 malam terus menurun kepada 651 orang berbanding 1,262 orang, petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia membabitkan 192 keluarga di enam pusat pemindahan sekitar Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah SK Seri Gunung (266 mangsa), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (enam), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (31) dan Kampung Tok Pauh dengan 12 orang mangsa.

Sementara itu, hanya satu pusat pemindahan yang masih beroperasi di di daerah Kubang Pasu dan Pendang iaitu di Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama, Jitra yang menempatkan 56 mangsa dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang seramai 280 mangsa.

Dua pusat pemindahan di Pokok Sena – SK Bukit Hijau dan Dewan Lubuk Keriang ditutup petang tadi.

Hujan lebat yang berlaku pada Rabu lalu menyebabkan banjir kilat dan penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Jumlah mangsa paling ramai yang direkodkan ialah malam semalam (Isnin) yang membabitkan 3,621 mangsa dari 1,081 keluarga di 26 pusat pemindahan. — Bernama



Sumber Hampir separuh mangsa banjir Kedah dibebar pulang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wiM0X5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.