Harga Minyak Mentah Bercampur, Arab Saudi Potong Bekalan Bulan Oktober
Pasaran minyak bercampur di sesi Eropah pada hari terakhir minggu ini dengan minyak Brent mendapat sokongan daripada jangkaan Arab Saudi akan memotong bekalannya pada bulan Oktober, sementara minyak mentah US masih ditekan dengan angka kilang penapisan yang musnah akibat ribut Harvey, mengurangkan sedikit permintaan.
Fokus beralih kepada tiga lagi ribut yang menghampiri Caribbean dan teluk di Mexico.
Pasaran hadapan brent meningkat 17 sen kepada $54.67 setong setakat jam 5.26 petang, selepas harga yang menjadi tanda aras minyak dunia meningkat ke paras tertinggi sejak April lalu pada hari ini pada $54.79 setong.
Arab Saudi akan memotong bekalan minyak kepada pelanggan mereka seluruh dunia pada Oktober sebanyak 350,000 juta tong sehari, kata sumber industri yang biasa dengan polisi minyak di Saudi semalam.
Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh 21 sen daripada harga penutupan semalam kepada $48.88 setong.
Para pelabur mengatakan kejatuhan ini disebabkan aktiviti penapisan selepas ribut Harvey masih rendah, mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah yang menjadi sumber utama penapisan.
Walau bagaimanapun, sektor penapisan minyak yang beransur pulih, menolak harga lebih tinggi semalam.
Kebanyakan penapisan mula beroperasi kembali minggu ini, dan kami menjangkakan akan pulih sepenuhnya pada akhir bulan ini,” kata bank pelaburan Jefferies, US.
Harvey turut memperi impak kepada pengeluaran US walaupun tidak ketara. Pengeluaran minyak jatuh hampir 8%, daripada 9.5 juta tong sehari kepada 8.8 juta tong, berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA) semalam.
Pelabuhan dan kilang penapisan yang terpaksa ditutup di kawasan pantai Caribbean turut memberi impak kepada penghantaran.
ANZ bank menyebut,”Minyak yang di import ke kawasan pantai US jatuh ke paras yang tidak pernah dilihat sejak 1990’s”.
Para pelabur mengatakan industri petroleum US akan mengambil masa berminggu-minggu untuk kembali pulih sepenuhnya, dan trend pasaran setakat ini sukar untuk dikenal pasti berdasarkan fundamental.
The post Harga Minyak Mentah Bercampur, Arab Saudi Potong Bekalan Bulan Oktober appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gN7B3z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment