Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Maimang 6 Dengan Dwi-Kamera Di Depan Dan Belakang Dilancarkan Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Maimang 6 Dengan Dwi-Kamera Di Depan Dan Belakang Dilancarkan Di China

Huawei hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Huawei Maimang 6. Peranti ini telah dilancarkan di China sahaja buat masa ini. Jikalau dilihat daripada penawaran peranti ini dan info tertiris sebelum ini, ia berkemungkinan dipasarkan di Malaysia sebagai Huawei Nova 2i.

Huawei Maiman 6 hadir menggunakan dwi-kamera di hadapan, dan dwi-kamera di belakang, selain menyertakan rekaan skrin dengan bingkai yang sedikit nipis.

Huawei Maimang 6

Huawei Maimang 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci, dan hadir dengan resolusi 2169×1080 pixel, serta menawarkan nisbah skrin 18:9 yang kian popular dikalangan ramai pengeluar.

Huawei menggunakan kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, serta kamera hadapan 13-megapixel dan 2-megapixel untuk selfie. Ia turut dijana menggunakan cip Kirin 659, serta memori 4GB RAM. Huawei menggunakan bateri berkapasiti 3340mAh padanya, serta menjalankan Android 7.0 beserta EMUI 5.1.

Huawei menjadualkan pelancaran Huawei Nova 2i di Malaysia pada minggu hadapan, dan sama-sama kita melihat sama ada ia adalah peranti yang sama atau berbeza.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wFxugm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.