Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Sebarang Permohonan Pesta Gay Di Kuala Lumpur, Kalau Adapun Tidak Akan Diluluskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Sebarang Permohonan Pesta Gay Di Kuala Lumpur, Kalau Adapun Tidak Akan Diluluskan


Kerajaan tidak akan benarkan sebarang penganjuran pesta gay seperti yang tular akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini, lapor Sinar Harian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini penganjur acara berkenaan belum membuat sebarang permohonan permit untuk menganjurkan acara itu.

"Saya telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya permit acara ini, jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,”katanya.

Sebelum ini, tular dilaman sosial yang acara pra-pesta gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini selepas laman Facebook “White Party Bangkok” yang merupakan laman promosi perhimpunan gay telah memuatnaik poster Kuala Lumpur destinasi mereka seterusnya selepas dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini di Thailand.


Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima laporan daripada Bukit Aman berhubung penganjuran acara itu dan meminta polis untuk bertindak sewajarnya.

Selain itu, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan sebarang visa memasuki negara ini terhadap rakyat asing yang ingin menghadiri acara yang memalukan itu.

“Kita sedang meneliti nama–nama individu yang berkenaan dan akan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’ (tidak dibenarkan masuk di pintu masuk negara).”

“Apa yang dirancang mereka ini adalah sesuatu yang di luar perlakuan manusia normal.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya telah mengarahkan PDRM dan Jabatan Imigresen supaya memantau secara terperinci agar White Party ini tidak dilakukan di negara ini sama ada secara terbuka atau tertutup,” katanya.
Sumber: Siakapkeli.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtjDIK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.