Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Mana ada babak cium?' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Mana ada babak cium?'

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Coffee Prince, Michael Ang, menafikan wujudnya babak bercium atau tindakan menggunakan helah kamera bagi menampakkan kedua-dua pelakon utamanya, Fattah Amin dan Janna Nick seperti bercumbu.

Kata Michael, beliau cukup memahami sensitiviti masyarakat negara ini, justeru takkan sesekali memuatkan adegan sebegitu dalam karyanya.

"Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan 'camera trick' pun.

"Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun," katanya kepada BH Online.

Kewujudan babak yang menampakkan kononnya dua pelakon berkenaan bercium adalah kontroversi terbaru melanda naskhah yang diangkat daripada drama popular Korea, yang masih dalam penggambaran itu.

Sebelum ini, sebahagian peminat naskhah asalnya mempertikaikan pemilihan Fattah sebagai teraju utama drama terbabit, dengan mengatakan aktor popular itu tidak sesuai digandingkan dengan Janna.

Menurut pengarah sensasi itu lagi, video yang menampakkan kedua-dua bintang terbabit seperti melakonkan babak bercumbu tersebar luas apabila pelakon, Fara Mendoza, datang melawat Janna di lokasi.

"(Isu itu timbul) kerana dia (Fara) mengambil video itu dari sudut yang menampakkan Fattah dan Janna seperti bercium.

"Kalau tengok Insta Story seorang lagi pelakon, Emma Maembong, memang tak ada pun babak cium seperti yang dianggap netizen itu," katanya.

Michael yang sebelum ini mengarahkan Hero Seorang Cinderella turut memberitahu, penggambaran drama berkenan sudah siap 50 peratus.

Naskhah yang bakal disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar itu juga buat julung kali menyaksikan gandingan Janna dan Fattah di layar kecil.



Sumber 'Mana ada babak cium?'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiFNLq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.