Sistem Laser Lockheed Martin ATHENA Berjaya Memusnahkan Lima Dron Dalam Ujian Terkini
ATHENA (Advanced Test High Energy Asset) ialah salah satu dari beberapa sistem senjata laser yang sedang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Ia kali pertama kami laporkan pada tahun 2015 selepas ia berjaya memusnahkan enjin sebuah lori dari jarak 1 batu. Kini ia berjaya lagi melepasi ujian selepas berjaya memusnahkan lima dron yang sedang terbang di udara.
Ini ialah peningkatan kemampuan ATHENA kerana ia menembak sasaran yang bergerak dalam masa beberapa saat. Dalam ujian memusnahkan lori dua tahun yang lalu, lori tidak bergerak dan sasaran hanya musnah selepas ditembak selama seminit.
ATHENA dibangunkan dengan tujuan menjadi sistem pertahanan dari serangan misil dan dron di masa hadapan. Buat masa ini ATHENA menghasilkan laser berkuasa 30KW. Lockheed Martin bercadang meningkatkan kuasa ke 500KW supaya sasaran dapat dimusnahkan dengan lebih pantas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xAvJ3r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment