Hi! Welcome Back and Stay Tune! Premis baharu Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi awal 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Premis baharu Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi awal 2018

KUALA LUMPUR: Premis baharu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang sebelum ini dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu mematuhi beberapa ciri keselamatan seperti ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semalam ketika bomba melakukan pemeriksaan, mereka menyuruh kami membuat beberapa ubah suai dan penambahbaikan antaranya memasang penyedut asap dan loceng kecemasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya proses berkenaan akan mengambil masa beberapa bulan, sebelum kesemua pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran di bangunan baharu.

Beliau berkata pihaknya akan mencari tempat baharu di lokasi berhampiran pusat tahfiz yang terbakar sebagai pusat pengajian sementara supaya para pelajar yang bercuti dapat meneruskan pembelajaran secepat mungkin.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua ibu bapa pelajar dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Kami akan bersemuka dengan mereka (ibu bapa) kerana tidak mahu ada pihak ketiga yang mengeruhkan keadaan. Sumbangan yang kami peroleh akan dipulangkan kepada keluarga mangsa dan hanya sebilangan kecil sahaja akan digunakan untuk membaiki kerosakan pusat tahfiz yang terbakar ini," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai masih lagi mengunjungi lokasi kejadian untuk merakamkan gambar dan menghulurkan sumbangan.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas.

-- BERNAMA



Sumber Premis baharu Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi awal 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLfNad

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.