Hi! Welcome Back and Stay Tune! MaGIC nafi pengaturan quid-pro-quo dengan Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MaGIC nafi pengaturan quid-pro-quo dengan Uber

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) hari ini menafikan penglibatannya dalam sebarang pengaturan quid-pro-quo, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ashran Ghazi.

"Awal minggu ini, kami terkejut mendapati kami dinamakan dalam artikel yang memberi dakwaan serius pada cara Uber beroperasi di rantau ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata agensi itu sering bekerjasama dengan syarikat korporat, yang menghubungkan mereka dengan bakat keusahawanan terkemuka Malaysia untuk membantu membina ekosistem keusahawanan yang berkembang maju.

Ashran menegaskan kerjasama strategik ini telah membantu memberi inspirasi dan membimbing usahawan muda pada peringkat penjanaan idea.

Sebuah agensi berita antarabangsa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang menyiasat Uber untuk menentukan sama ada ia melanggar undang-undang berhubung rasuah di luar negara.

Laporan tersebut menyatakan sehubungan itu, firma undang-undang Uber sedang menyiasat derma korporat bernilai "berpuluh ribu dolar" yang dibuat Uber pada Ogos 2016 kepada MaGIC.

Dakwaan rasuah itu berkaitan dengan ASEAN Next Great Idea (ANGI) MaGIC yang dianjurkan secara bersama oleh MaGIC, Uber dan rakan kongsi korporat lain yang dilancarkan pada Ogos 2016.

Dalam kerjasama itu, MaGIC menyelaraskan kandungan, modul yang dirancang dan memasarkan program untuk mendapatkan peserta ASEAN manakala Uber bertanggungjawab bagi makmal pembentukan idea dan rakan kongsi korporat ketiga menyediakan strategi permulaan.

"Sama seperti kerjasama kami yang lain dengan syarikat korporat, ANGI tertakluk kepada kawalan yang ketat dan prosedur yang sesuai.

"Kami mendukung standard integriti yang tertinggi dalam semua program kami dan cara kami menjalankan operasi kami," katanya.

-- BERNAMA



Sumber MaGIC nafi pengaturan quid-pro-quo dengan Uber

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wFTqYD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.