Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Korea Utara, Tumpuan Kini Kepada Ucapan Theresa May di Florence - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Korea Utara, Tumpuan Kini Kepada Ucapan Theresa May di Florence

Para pelabur Eropah ketika ini mengalihkan perhatian mereka daripada Korea Utara kepada ucapan Perdana menteri Britain Theresa May di Florence hari ini. Theresa May dijangka akan mengemaskini visi beliau tentang rundingan Brexit.

Matawang Sterling sejak beberapa minggu lalu kurang mendapat kesan negatif daripada rundingan Brexit dengan kenaikan matawang ini dilihat banyak disebabkan oleh faktor polisi monetari dan data inflasi yang terus meningkat. May dijangka akan menyampaikan ucapannya dengan lebih lembut kali ini tentang rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah.

“Sterling terus mengukuh sejak beberapa minggu lalu disebabkan reaksi pasaran terhadap Bank of England dan juga andaian bahawa Britain berkemungkinan besar mendapat perjanjian dalam rundingan  Brexit,” kata Mike Bell, strategist pasaran global di JPMorgan Asset Management.

“Jika itulah yang akan diucapkan oleh May, ia dilihat akan menyokong Sterling, tetapi banyak pergerakan yang telah diserap (priced-in),” tambah beliau.

Dalam data PMI yang dikeluarkan petang tadi menunjukkan aktiviti ekonomi di Zon Eropah yang terus meningkat dengan data yang melebihi jangkaan. Ini menunjukkan keyakinan dalam ekonomi blok tersebut di samping inflasi yang terus meningkat.

“Ekonomi yang semakin baik di Eropah mengukuhkan kedudukan kerajaan Kesatuan Eropah dan menunjukkan masa depan yang meyakinkan. Ini dapat membantu pendirian mereka dalam rundingan Brexit dengan Britain,” kata Srategist di Societe Generale.

The post Selepas Korea Utara, Tumpuan Kini Kepada Ucapan Theresa May di Florence appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmo7iB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.