Video Panas Fattah Amin Berciuman Dengan Janna Nick Di Sebalik Pintu - Ini Adegan Yang Buat Kontraversi!!!
Belum pun ditayangkan impak drama adaptasi Korea Selatan, Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick terus mencetuskan kontroversi.
Terbaharu Fattah dan Janna dikritik hebat gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza memuat naik video pasangan berkenaan melakonkan aksi bercium di Instastory Instagram miliknya.
Video itu yang diulang siar (repost) akaun dari Instagram menggunakan nama @fatt4stictv80xds mengundang perbalahan dalam kalangan peminat yang menganggap adegan itu melampaui batas.
Walaupun tidak sebarang sentuhan berlaku namun Fattah dan Janna dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.
Rakaman adegan cium antara Janna dan Fattah yang menimbulkan kemarahan netizen.
Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.
Salah seorang netizen menggunakan nama @cik_semut_api menulis “dimanakah para alim ulama Malaysia ni sampai adegan macam ini pun boleh lakonkan. Memang tak betul tapi tetap mengundang kepada maksiat.
“Tolong terangkan sebab saya cetek dalam bidang hukum hakam agama ni! Kalau macam ini sampai kiamat pun gejala keruntuhan moral remaja tak dapat dibendung,” tulisnya.
Komen ditinggalkan @cik_semut_api itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pengikut lain yang turut bersetuju adegan seperti itu mampu mempengaruhi remaja zaman kini dalam terjerebak dalam perkara-perkara tidak baik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jRi173
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment