Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Imigresen pastikan individu, penganjur pesta gay tidak memasuki Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Imigresen pastikan individu, penganjur pesta gay tidak memasuki Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengesan dan memastikan individu-individu atau penganjur berkaitan pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, tidak menjejakkan kaki mereka ke negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jika JIM mengesan individu-individu terbabit ini cuba memasuki negara, mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.

Katanya, pihaknya dengan tegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa gejala yang tidak sihat, tidak bermoral dan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan serta kedaulatan negara ini.

"JIM dengan tegas akan menolak kemasukan individu atau penganjur yang cuba memasuki negara ini bagi menyertai pesta gay itu. Tindakan yang tegas itu diambil selaras dengan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustafar, seramai 46,551 individu telah ditolak kemasukan ke negara ini di atas pelbagai kesalahan imigresen dari 1 Jan sehingga 30 Jun ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept.

Beliau dilaporkan berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya.

Laporan sebuah laman portal mengatakan satu acara gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, bagi mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu "White Party Bangkok" di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Dis depan.

-- BERNAMA



Sumber Jabatan Imigresen pastikan individu, penganjur pesta gay tidak memasuki Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzCl1K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.