Ingatkan Filem Porno Tapi...Rupanya...
PETALING JAYA: Sebuah video yang kini tular di media sosial pada mulanya disangka mempromosikan pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon iklan komersial separuh bogel.
Dengan aksi yang mengghairahkan, wanita tersebut memakai pakaian dalam warna hitam persis iklan antarabangsa.
Salah satu adegan dalam video berdurasi seminit itu dipercayai dirakamkan di sebuah pusat peranginan di Port Dickson.
Pelakon iklan komersial turut melakukan aksi berahi di atas katil sebuah bilik dan kolam renang.
Namun apa yang mengejutkan, iklan tersebut sebenarnya mempromosikan produk perisa rokok elektronik atau vape.
Antara komen netizen berhubung iklan perisa vape yang mencetuskan kontroversi.
Ia sekali gus mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan iklan berkenaan sengaja mengeksploitasikan wanita hanya untuk melariskan produk vape.
Seorang netizen mempersoalkan tujuan iklan berkenaan: “Ni iklan nak jual vape ke nak jual body (badan)?”
“Ingat filem porn (porno) tadi hahaha,” soal seorang netizen.
Malah ada yang menyifatkan ia sekadar strategi pemasaran untuk melariskan jualan: “Memang dia sengaja nak kasi viral (tular) pasal buka baju ni. Sebab dengan cara ni tiba-tiba nama dia jadi tular, kontroversi murahan.”
Seorang peniaga rokok elektronik, Mohd Azmir Mohd Nor berkata, iklan yang kurang sopan itu hanya menjejaskan industri vape di negara ini.
“Isu vape masih belum selesai terutama dari segi kawal selia, sekarang ada pula isu iklan vape yang seperti filem porno.
“Jika terus dibiarkan, ia hanya memberi gambaran yang kurang baik terhadap produk vape yang kami jual,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon iklan komersial menunjukkan aksi mengghairahkan sambil menggunakan vape.
Sementara itu, gerakan dalam talian bagi komuniti pengguna vape, Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE) turut membantah penyiaran iklan tersebut yang disifatkan tidak sesuai dengan pasaran Malaysia.
Presidennya, Samsul Kamal Arrifin berkata, berdasarkan demografik yang dibuat gerakan itu, majoriti pengguna vape adalah Melayu berusia antara 24 hingga 45 tahun.
“Iklan tersebut hanya akan menunjukkan persepsi yang negatif terhadap pengguna vape di negara ini, yang dikaitkan dengan wanita separuh bogel, sedangkan objektif vape sebagai alternatif untuk perokok berhenti merokok.
“Sehubungan itu, kami meminta kerajaan untuk mengawal selia hal berkaitan dengan vape dengan menetapkan garis panduan,” katanya sambil menambah kawal selia itu termasuk pembuatan, pengedaran dan penggunaan produk berkaitan dengan vape.
Sumber: mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLqREi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment