Netizen kecam babak cium Fattah Amin dan Janna Nick: “Tidak sesuai dengan budaya kita walaupun lakonan”
Pelakon kacak yang popular, Fattah Amin mencetuskan kontroversi apabila adegannya yang seakan bercium dengan pelakon wanita Janna Nick tersebar.
Fattah Amin dan Janna Nick digandingkan dalam drama adaptasi dari sebuah drama luar negara terkenal yang masih belum ditayangkan.
Menerusi Instastory, dua pelakon utama drama ini dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama terbabit.
Meskipun tiada sebarang sentuhan yang terjadi antara mereka, namun tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan terbabit tidak bersesuaian dengan budaya kita meskipun drama tersebut adalah adaptasi dari drama Korea yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Pada masa yang sama, pengarah bagi drama itu turut diselar kerana menyelitkan adegan tersebut di dalam drama arahannya itu.
Terdapat segelintir yang memberi pendapat bahawa adegan ‘bercium’ itu dilakukan dengan ‘camera trick’ bagi membuatkan aksi itu ‘hidup’ meskipun mereka tidak bersentuhan dan tidak kurang juga yang memberi kritikan pedas serta meminta pengarah untuk memadam babak ini.
Bagaimanapun, jika dipandang dari aspek babak yang menghidupkan jalan cerita sesebuah drama atau filem yang diadaptasi, adegan sebegini pastinya diperlukan kerana kesan yang sama seperti karya asal diperlukan. Namun, setiap babak dilakonkan perlulah dititikberatkan dan bersesuaian dengan budaya kita agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.
Sumber: Siakapkeli
Sumber Netizen kecam babak cium Fattah Amin dan Janna Nick: “Tidak sesuai dengan budaya kita walaupun lakonan”
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yvcDJQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment