Tiga mayat ditinggalkan di tengah jalan bersama kepala mereka yang dipenggal di sisi
PENDUDUK di Mexico dikejutkan dengan pembunuhan kejam tiga orang termasuk seorang wanita dengan mayat mereka diletakkan di tengah jalan, ketika negara itu bakal menyambut hari Kemerdekaan.
Mayat Juan Salvador Patiño Leon, 27, Jorge Luis, 31, dan Denisse Yazaret Morales Juárez, 28, ditemui di jalan Xalapa.
Mayat berkenaan dibalut dengan plastik sampah dan dilekatkan pita pelekat. Di sebelah mayat itu adalah kepala mangsa yang telah dipenggal.
Dua batang penyapu turut diletakkan di situ.
Melihat kepada cara kematian itu, mereka dipercayai dibunuh oleh kartel dadah.
Ketiga-tiganya dilaporkan hilang pada 12 September lalu.
Dalam pada itu, penduduk mendakwa, mangsa berasal dari keluarga yang mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah.
“Bapa mereka, Jorge Patino adalah penculik dan pembunuh. Dia kini di dalam penjara.
“Salah seorang bapa saudara mereka….hilang kerana sesuatu perkata. Mereka ini sama seperti ibu saudara mereka yang menghambakan diri dengan dadah. Manakala anggota keluarga yang lain kini dalam penjara di Amerika Syarikat.
“Senang cerita, mereka ini adalah penjenayah,” kata penduduk di situ.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Tiga mayat ditinggalkan di tengah jalan bersama kepala mereka yang dipenggal di sisi
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wb2Hns
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment