India sembur cili dan bom tangan stun halang Rohingya masuk: “Kami tidak boleh terima mereka di bumi India”
Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) menggunakan penyembur cili dan bom tangan `stun’ untuk menghalang pelarian etnik Rohingya memasuki negara ini melalui Bangladesh.
BSF telah diberi kuasa untuk menggunakan kaedah `kasar dan kejam’ bagi menghentikan cubaan etnik berkenaan menyusup masuk ke negara ini.
“Kami tidak mahu menyebabkan sebarang kecederaan serius atau menahan mereka (etnik Rohingya) tetapi kami tidak boleh menerima mereka di bumi India,’’ kata seorang pegawai kanan BSF.
Beliau berkata pihaknya menggunakan bom tangan yang mengandungi penyembur cili untuk menghalang beratus-ratus etnik Rohingya yang cuba memasuki India dan keadaan di kawasan terbabit kini tegang.
India telah memaklumkan akan mengusir 40,000 etnik Rohingya yang tinggal negara ini dengan alasan risiko keselamatan. – Reuters
Sumber: Utusan Online
Sumber India sembur cili dan bom tangan stun halang Rohingya masuk: “Kami tidak boleh terima mereka di bumi India”
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ffZnAl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment