Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu!” – Eyka Farhana berang dituduh wanita dalam video lucah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu!” – Eyka Farhana berang dituduh wanita dalam video lucah

Pelakon Eyka Farhana berang apabila namanya dikaitkan selepas penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube sejak Julai lalu.

Eyka, 22, berkata, dia menyedari tentang video tersebut selepas ditanya oleh beberapa rakan yang ingin mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu.

“Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya.

Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.

Eyka kesal tindakan indvidu tidak bertanggungjawab aibkan dirinya.

Tambahnya, perkara tersbeut betul-betul mengaibkan ketika keluarga dia masih bersedih dengan pemergian kakaknya pada 23 Ogos lalu.

“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Saya ambil berat tetang isu ini kerana ia melibatkan maruah saya dan keluarga. Petang nanti saya dan pihak pengurusan Mind Order akan membuat laporan polis.

“Saya harap individu tersebut keluarkan video itu atau membuang nama saya pada rakaman yang dimuat naik itu,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu!” – Eyka Farhana berang dituduh wanita dalam video lucah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y80PAz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.