Hi! Welcome Back and Stay Tune! JANGAN BUAT SPEKULASI KEMATIAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JANGAN BUAT SPEKULASI KEMATIAN

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk membuat spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar, Zahid Houseinaly Reza lewat bulan lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Azharuddin berkata, perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Allahyarham Zahid Houseinaly Reza, banyak memberi sumbangan kepada kerajaan Malaysia dalam membantu proses penyerahan serpihan MH370 yang dijumpai di Madagascar. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarga dan orang tersayang beliau dalam keadaan yang sukar ini.” kata beliau.

Beliau membuat kenyataan itu susulan laporan oleh akhbar harian Australia, Perth Now yang memetik penyiasat persendirian Amerika Syarikat, Blaine Gibson yang mendakwa Houseinaly bertanggungjawab bagi penyerahan serpihan MH370 kepada kerajaan Malaysia dibunuh pada 24 Ogos.

Beliau juga mendakwa bahawa Houseinaly sepatutnya menyerahkan serpihan baharu itu kepada kerajaan Malaysia apabila beliau dikatakan dibunuh.

Dalam satu kenyataan pada 30 Ogos, Wisma Putra juga telah memaklumkan mengenai kematian Allahyarham. Houseinaly dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.

Kerajaan Malaysia telah memperbaharui kontraknya untuk jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga Disember 2019.

– Bernama

,



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vA1jhP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.