Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jeritan ‘api’ selamatkan penduduk Wakaf Mek Zainab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jeritan ‘api’ selamatkan penduduk Wakaf Mek Zainab

Unit Forensik Bomba dan Penyelamat melakukan siasatan terhadap kejadian kebakaran melibatkan dua puluh unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab awal pagi tadi. ― Foto BernamaUnit Forensik Bomba dan Penyelamat melakukan siasatan terhadap kejadian kebakaran melibatkan dua puluh unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab awal pagi tadi. ― Foto BernamaKOTA BARU, 23 Sept ― Jeritan penduduk menyedarkan seorang remaja dan beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di sini daripada tidur ketika api sedang marak membakar 20 unit rumah setinggan di kawasan itu awal hari ini.

Aliff Zaquan Abdullah, 16, berkata ketika kejadian beliau bersama ibu dan tiga adiknya sedang tidur dan menyedari tentang kebakaran itu selepas terdengar bunyi bising jeritan daripada jirannya yang mengatakan rumah di sebelah sedang terbakar.

Katanya sebaik terjaga beliau terus membuka tingkap di bahagian dapur rumahnya dan mendapati sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki kurang siuman sedang terbakar.

“Saya segera mengejutkan ibu, Nik Irna Mas Idayu Che Mahmud, 34, dan membawa keluar adik-adik yang berusia satu hingga enam tahun menyelamatkan diri.

Saya hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit sahaja kerana mahu cepat keluar daripada rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Seorang lagi mangsa, Mek Wok Che Ibrahim, 73, berkata beliau yang tidak dapat berjalan dan berkerusi roda bernasib baik kerana diselamatkan oleh cucunya yang tinggal bersama.

Mek Wok berkata beliau kerugian puluhan ribu ringgit apabila kedai runcit yang diusahakan bersama anggota keluarganya yang lain turut musnah dalam kejadian tersebut.

“Saya menetap di sini lebih 50 tahun dan ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini menimpa penghuni di sini.

Syukurlah kesemua anggota keluarga saya selamat. Selepas ini saya terpaksa menumpang di rumah sanak-saudara yang tinggal berdekatan, “ katanya.

Kejadian pada 2.45 pagi tadi menyebabkan 20 unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah dalam kebakaran itu. ― Bernama



Sumber Jeritan ‘api’ selamatkan penduduk Wakaf Mek Zainab

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wNwL7S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.