Hi! Welcome Back and Stay Tune! Justin Bieber Catat Rekod 100 Juta Pengikut Twitter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Justin Bieber Catat Rekod 100 Juta Pengikut Twitter



PENYANYI sensasi antarabangsa kelahiran Kanada, Justin Bieber baru-baru ini mencipta rekod tersendiri apabila pengikutnya melalui akaun Twitter berjaya mencecah 100 juta.

Angka terbaharu itu menjadikan Justin sebagai individu yang kedua dengan jumlah pengikut terbanyak menerusi laman sosial popular tersebut selepas penyanyi wanita popular Amerika Syarikat (AS), Katy Perry dengan 103 juta.

Berada di tempat ketiga pada ketika ini ialah seorang lagi penyanyi terkenal dari AS iaitu Taylor Swift dengan 85.5 juta manakala Rihanna pula unggul di kedudukan keempat dengan hanya 76.9 juta.

Pihak Twitter turut memuat naik mesej ucapan tahniah istimewa kepada Justin, 23, atas pencapaian luar biasa tersebut dengan mereka hashtag khas iaitu #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas untuk Justin.

Twitter turut mengeluarkan beberapa fakta menarik tentang penyanyi lagu Sorry itu sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009. Antara fakta menarik adalah perkataan Belieber telah diulang kicau sebanyak 84 juta kali.

Justin yang dilarang masuk ke China pada Julai lalu atas alasan pengaruh muziknya, sebenarnya mula aktif sebagai penghibur sejak 2008, sebelum dikenali ramai menerusi pelbagai lagu popular genre pop dan R&B.

Dalam pada itu, bekas teman wanita Justin iaitu penyanyi Selena Gomez ketika ini memegang status sebagai individu paling banyak pengikut menerusi Instagram dengan 126 juta. – Agensi/Mynewshub.cc


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wGuyNe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.