Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program Azam Tani Berjaya Bantu Rakyat Keluar Garis Kemiskinan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program Azam Tani Berjaya Bantu Rakyat Keluar Garis Kemiskinan

POKOK SENA – Program Azam Tani yang dikelolakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terbukti berjaya mengeluarkan penduduk luar bandar di negeri ini daripada garis kemiskinan melalui peruntukan berjumlah RM2.3 juta sejak empat tahun lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi FAMA Kedah, Mohamad Paisal Amri berkata daripada 230 peserta yang menyertai program itu di negeri ini, 155 daripadanya telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi paras garis kemiskinan RM930 sebulan.

Katanya, para peserta yang terdiri daripada lima daerah di negeri ini iaitu Kulim, Baling, Sik, Pokok Sena dan Padang Terap telah berjaya memperbaiki taraf ekonomi mereka sejak terbabit dengan program tersebut yang menggunakan pendekatan kumpulan fokus.

“Prestasi jualan mereka akan dipantau dan jika tidak memberangsangkan kita akan bantu dari segi menyediakan tapak di Pasar Tani atau pasar FAMA untuk mereka menambah jualan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Azam Tani daerah Pokok Sena dan Padang Terap, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 peserta dari Pokok Sena dan Padang Terap menerima bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin kerisik, mesin kelapa, peti sejuk, mesin rumput, mesin semburan racun dan baja serta kabinet memasak.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta agar peserta tidak menyalahgunakan bantuan peralatan yang diberikan oleh kerajaan ini.

“Saya difahamkan jika mereka menyalahgunakan peralatan ini, FAMA akan menarik semula peralatan tersebut dan ini tentunya akan merugikan para peserta,” katanya.

Bagi seorang peserta, Mazlina Mansor, 42, dengan bantuan mesin jahit yang diterimanya hari ini dapat mempercepatkan kerjanya serta memenuhi banyak tempahan.

“Sebelum ini saya terpaksa menolak tempahan dan pendapatan sangat terhad, dengan adanya mesin jahit baharu ini, dapatlah saya menjahit lebih banyak tempahan baju dan tudung terutama pada musim perayaan akan datang sekali gus menambah pendapatan saya sekeluarga,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eJEctZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.