Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Rupa-rupanya aku bela 'tunang' perempuan lain' - Gadis luah rasa kecewa diperdaya lelaki buaya darat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Rupa-rupanya aku bela 'tunang' perempuan lain' - Gadis luah rasa kecewa diperdaya lelaki buaya darat

Rasa gelisah di hati akhirnya terjawab apabila lelaki yang disangka berlaku jujur terhadap dirinya selama ini, rupa-rupanya bermain cinta dengan perempuan lain. Lebih teruk lagi, lelaki itu juga mengikat pertunangan dengan perempuan itu tanpa pengetahuan confessor. 
Segala persoalan sejak dari awal hubungan mereka, akhirnya terjawab selepas lelaki itu sendiri mengaku telah bertunang dan memberikan alasan kononnya tidak dapat memberitahu conffesor kerana bimbang hati gadis ini terluka. 
AKU tengah bercinta dengan dia. Kemudian semalam dia bertunang dengan orang lain. Dia tak cakap  yang dia bertunang tetapi ini cuma andaian aku. Perempuan overthinking? Yes. 
Dia ada password akaun medsos 'tunang' dia itu. Dari Facebook sampai ke Instagram. Pernah sekali aku bergaduh dengan dia tentang perkara ini. Dia selalu kata 'tunang' dia itu adalah bekas kekasihnya. Aku tak percaya sebab perempuan itu selalu like dan komen simbol love di gambar dia. Aku jadi insecure, aku seperti,
"Pesal weh perempuan ini comment simbol love camtu?"
Aku dengan dia ini macam silent relationship gitu. Cuma orang rapat-rapat sahaja yang tahu. Selalu saja keluar bersama-sama tengok wayang apa semua seperti pasangan bercinta yang lain. Tetapi tak pernahlah gambar muat naik gambar di media sosial dan kebanyakannya hanya kawan aku saja yang tahu. Kawan dia pula tak banyak yang tahu dan bilangannya boleh dikira dengan jari. 
Okay, kembali kepada kisah 'tunang' tadi. Selepas aku bergaduh dengan dia tentang 'tunang' dia itu, esok lusa aku nak stalk lagi perempuan itu. Dah kena block dan dia yang block aku, bukannya 'tunang' dia. Haha! 
Alasan? Sebab dia tak nak dah aku insecure dengan dia. Hahaha! Ex lah sangat, kan? Dia tak tahu yang aku ada dua akaun Instagram. Satu memang official akaun dan satu lagi akaun aku buat Henna. So aku stalk perempuan itu guna akaun Henna. 
Then hari ini, 'tunang' dia buat story. Jantung aku dah debar lain macam. Aku rasa ada benda yang tak kena. Aku stalk 'pakwe' aku ini. Dia masukkan satu gambar (gambar dia gambar biasalah gitu) dan sepupu dia comment, 
"Dengar cerita nak jalan raya haji ini.." 
Sepupu dia itu comment dalam loghat pantai timur, aku tak reti taip tetapi aku fahamlah bahasa dia begitu. Aku diam dan tak kata apa-apa. 
Dua hari lepas, aku hantar mesej pada dia di WhatsApp dan hanya bluetick sahaja kelihatan. Kemudian aku tanyalah kenapa? Aku ada buat salah ke? Aku cakap elok-elok, tanya elok-elok memang tak gaduh. Dia kata dia on the way balik ke Kelantan, sepupunya kahwin. 
Aku pun okay dan semalam satu hari tak chat. Aku tak tahu kenapa dan aku pun biarkan saja. Cuma malam itu, aku chat dan sent 'night'. Last seen gerak tapi tak bluetick. Aku call tak dijawab, banyak kali aku cuba call.
Tengah malam itu selepas aku banyak kali cuba call, dia call aku dan aku tanya apa dia buat dalam satu hari ini. Dia kata dia berada di Cameron Highland sekarang. Aku macam terkedu seketika. Dari Kelantan ke Cameron Highland? Wow! Tapi ye, boleh saja lalu Gua Musang, kan? Aku pun bersangka baik lagi dan tak cakap banyak. 
Kemudian dia terlepas cakap, "Pergi Cameron kan boleh lalu Perak. Eh salah, Gua Musang."
'Tunang' tu orang Ipoh, aku dah gelabah nafas turun naik laju gila. Tetapi dia macam buat bodoh seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku ajak dia video call, tetapi dia macam mengelak. Aku berkeras juga nak video call, dia pun okay. Tetapi dia kata bagi dia masa 10 minit sebelum aku call dia. 
Selepas 10 minit video call itu okay, tiada apa-apa yang berlaku. Dia layan aku seperti biasa, gelak-gelak dan aku pun tiba-tiba tak rasa dia dah bertunang. Hahahaha! Dan sehingga sekarang, aku beria buat thread ini, dia masih tak cakap lagi dia sudah bertunang bagai. Tetapi entahlah, naluri perasaan aku yang kuat mengatakan dia sudah bertunang. 
Aku tak tahulah ini adalah instinct atau aku yang gedik overthinking. Tetapi bila diingat semula semua perkara, aku teringat 2/3 benda. Dia pernah bergurau yang dia berkata, 
"Saya nak kahwinlah hujung tahun ini hahaha" 
Tetapi masa itu aku anggap dia bergurau dan pernah juga dia WhatsApp aku begini, walaupun dia guna nama Neelofa teapi aku rasa benda ini ada 100 maksud. 
Bagaimanapun, lelaki yang tidak didedahkan nama dan wajahnya ini akhirnya mengaku telah bertunang. Namun memberikan alasan perempuan itu adalah pilihan keluarganya. Sedangkan sebelum ini dia memberitahu bahawa perempuan itu adalah bekas kekasihnya sahaja. Bekas kekasih apa kalau masih simpan password akaun medsos walaupun dah putus?


Usahlah terlalu mengharap pada cinta yang belum pasti. Jika di awal perkenalan sudah banyak berahsia, banyak perkara yang tak betul, kajilah semula apakah itu hubungan yang perlu diteruskan atau dihentikan terus daripada terseksa hati sendiri di kemudian hari. Semoga menjadi pengajaran buat anak-anak muda semua. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eJMaU4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.