Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu” -Nabil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu” -Nabil

PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad kesal dengan sikap segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 33, berkata dia lebih gemar mengendalikan acara atau majlis yang tidak ada melibatkan artis.

“Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.

“Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu.

“Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan,” kata Nabil kepada mStar Online.

Nabil ketika ditemui di majlis pelancaran program Ceria I-Star 2017 di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara pada Isnin.

Menurut pengacara program Meletop ini, artis Malaysia juga ada sifat malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas.

Disebabkan itu, Nabil tidak menganggap dirinya selebriti tetapi dia bekerja hanya untuk industri seni.

“Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa.

“Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.

“Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabil tidak kisah jika kenyataannya ini akan mengundang kecaman daripada netizen atau mana-mana pihak.

Apa yang dikatakan hanya pandangan peribadinya yang pernah melalui pengalaman mengendali acara hiburan namun tidak mendapat sokongan rakan selebriti yang lain.

“Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul.

“Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu” -Nabil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hz5gJI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.