Keluarga Lega Mahadzir Lokman Respon Buka Mata
Pesonaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menunjukkan perkembangan positif selepas disapa oleh ahli keluarganya, malam tadi.
Memetik laporan Utusan online, Mahadzir secara spontan membuka matanya ketika disapa oleh adiknya, Ida Lokman.
Menurut Ida, ketika dibisikkan ke telinga abangnya mengenai kiriman doa yang dititipkan oleh keluarga dan rakan-rakannya, Mahadzir juga menunjukkan reaksi yang positif.
“Alhamdulillah Abang Dale (panggilan buat Mahadzir) memberikan respons ketika saya menyentuh tangannya dan membisikkan ke telinganya doa dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh semua yang mengenalinya.
“Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Abang Dale tadi disambut oleh kesyukuran oleh kami adik-beradiknya. Terima kasih atas doa dan ucapan semangat yang diberikan oleh semua kenalannya, kami ahli keluarga sangat-sangat menghargainya,” kata Ida.
Pengacara ternama negara yang berusia 60 tahun itu kini dipantau oleh doktor di ICU PPUM selepas tidak sedarkan diri pada pagi Ahad lalu.
The post Keluarga Lega Mahadzir Lokman Respon Buka Mata appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrT0Sl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment