Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kena frame ke apa: Bapak arah tembak Pengedar, takkan anak sebaliknya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kena frame ke apa: Bapak arah tembak Pengedar, takkan anak sebaliknya?

Anak Presiden Filipina Dikaitkan Dengan Penyeludupan Dadah Bernilai RM523 Juta
Oleh Azam A -  September 8, 2017
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terkenal di seluruh dunia dengan cara beliau membanteras masalah dadah di negaranya. Polisi shoot first, ask questions later yang beliau gunakan untuk pengedar dadah di Filipina dikritik dan sudah pun mengorbankan ribuan nyawa.

Namun agak ironik apabila anak Presiden itu sendiri, Paolo Duterte telah dikaitkan dengan satu shipment dadah bernilai USD125 juta(lebih kurang RM523 juta) yang berasal dari China. Paolo menegaskan yang beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan dadah berkenaan dan menyatakan dakwaan itu adalah palsu.

Paolo yang juga pemangku datuk bandar Davao perlu memberi keterangan ke dewan senat jika mahu membuktikan beliau tidak bersalah. “Saya tidak menjawab pertuduhan yang berasaskan khabar angin,” jawab Paolo kepada dewan senat.
Business Insider ✔ @businessinsider
Son of Philippines' Duterte linked to $125 million drug shipment http://read.bi/2xdSivq
9:25 PM - Sep 7, 2017
 28 28 Replies   129 129 Retweets   108 108 likes

Davao adalah bandar di mana ayahnya Rodrigo pernah menjadi datuk bandar lebih 20 tahun sebelum dipilih menjadi presiden pada tahun 2016. Khabar angin ini muncul apabila Paolo pernah bergambar dengan seorang ahli perniagaan yang bertanggungjawab ke atas penghantaran dadah yang ditemui pihak berkuasa itu.

Operasi besar-besaran untuk menghapuskan dadah oleh Rodrigo Duterte ini dilaporkan telah mengorbankan lebih 3,800 nyawa dan lebih 2,100 daripada kematian itu melibatkan dadah dan jenayah.


Senator Antonio Trillanes yang merupakan antara pengkritik tegar presiden Filipina memberitahu melalui penyelidikannya, Paolo Duterte adalah salah seorang ahli satu organisasi sindiket jenayah kerana persamaan tatu naga yang ada di badana Paolo. Namun Paolo tidak mahu membincangkan berkenaan tatu itu kerana perkara it melanggar privacy dirinya.


Setakat ini kes ini masih berjalan dan Paolo masih lagi belum disabitkan salah atau tidak bersalah. Persoalan timbul adakah presiden itu akan menggunakan polisi shoot first, ask questions later terhadap anaknya sendiri? Atau ini semua hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan air muka presiden Filipina ini?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eQo4XF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.