Kerosakkannya Begitu Mendalam, Menyingkirkan Najib Sahaja Tidak Cukup, Kata Muhyiddin
Tulisan asal oleh:
Noor Azam Shairi, Chan Kok Leong, Low Han Shaun, The Malaysian Insight, 8 September 2017
Menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak dan Barisan Nasional bukanlah pil ajaib dan apa yang ingin dilakukan oleh Bersatu yang baru setahun itu adalah mengubah sistem yang tidak dapat diperbaiki itu, kata ketua parti Muhyiddin Yassin.
Dalam temu bual pertamanya sejak memulakan Bersatu, Muhyiddin berkata menghapuskan Najib sahaja tidak akan mengakhiri masalah negara.
"Ia bukan sahaja mengenai personalitinya, tetapi ia adalah mengenai apa yang telah dilakukannya, dasar yang dimulakannya, kerosakan yang telah dibuatnya kepada negara, dan sisa-sisa (masalah) yang perlu ditangani oleh generasi akan datang.
"Hutang berbilion-bilion ringgit yang dihadapi oleh negara dan masalah 1MDB masih perlu diselesaikan. Perletakan jawatan Najib tidak akan menyelesaikannya," kata Muhyiddin kepada The Malaysian Insight di pejabatnya semalam.
Bekas timbalan presiden Umno itu menjawab soalan sama ada peletakan jawatan Najib akan melihat pengundi kembali ke BN.
Berikutan pemecatan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, BN juga mengalami kesan negatif dalam pilihan raya umum 1999. Hasilnya adalah kehilangan Terengganu kepada PAS dan 42 kerusi persekutuan kepada Barisan Alternatif.
Undian popular BN menurun kepada 56.53% daripada 65.16% pada tahun 1995. Bagaimanapun, selepas persaraan Dr Mahathir Mohamad dan tindakan penyusunan semula pada tahun 2003, penggantinya Abdullah Ahmad Badawi memperoleh 63.85% undi popular, dengan BN memenangi 198 kerusi persekutuan.
Muhyiddin berkata sistem itu, di bawah BN, kini menjadi toksik.
"Dan apabila keadaan menjadi toksik, semua yang mereka sentuh menjadi beracun."
Dalam temu bual selama sejam dengan The Malaysian Insight itu, Muhyiddin juga berkata Bersatu mampu menggantikan PAS dalam jangka masa yang panjang.
"Kami tidak mahu bersaing dengan PAS dan ia bukan isu sama ada Bersatu boleh melawan PAS.
"Tetapi jika anda mengkaji apa yang sedang berlaku dalam PAS dan jumlah ahli yang tidak puas hati dengannya, mereka tidak sekuat seperti sebelum ini."
Muhyiddin, yang memegang portfolio sukan, perdagangan dalam negeri, pertanian, perdagangan antarabangsa dan pendidikan dalam kerajaan sejak 1995, berkata lebih banyak ahli PAS menyertai Bersatu.
"Baru-baru ini, saya pergi ke Sik di Kedah untuk menerima lebih daripada 400 borang permohonan daripada bekas ahli PAS untuk menyertai Bersatu.
"Memang benar, mereka tidak akan menyertai Umno, atas alasan yang anda semua tahu, tetapi apabila Bersatu ditubuhkan, mereka tidak berasa pelik untuk menyertai kami. Kami bukan Umno."
Petikan dari temu bual itu:
TMI: Adakah jangka hayat Umno semakin singkat?
Muhyiddin: Saya tidak melihat apa-apa langkah proaktif di bawah kepimpinan Najib untuk membetulkan keadaan. Malah, saya sudah mengatakan bahawa Umno telah mencapai tahap di mana ia sangat sukar untuk diperbaiki.
Ia adalah parti berusia 60 tahun yang sedang mengalami zaman kegelapan. (Umno berusia 71 tahun pada tahun ini.)
Masalah yang dihadapi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa sehingga wang dianggap sebagai raja, terbukti oleh para pemimpin tertinggi sehinggalah ke tahap akar umbi.
Oleh itu, saya fikir Umno tidak dapat bertahan lama. Jika kita melihat sejarah politik di negara-negara lain, parti-perti pengasas yang memperoleh kemerdekaan lambt laun akan beransur-ansur hilang.
Umno telah terpesong dan dengan itu, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayainya dan sokongan terhadapnya akan beransur-ansur berkurangan.
Saya yakin masa Umno sudah tamat dan sudah di penghujungnya. Pilihan raya akan datang akan menentukan sama ada ia boleh terus berkuasa atau tidak.
TMI: PAS dulunya merupakan komponen yang penting bagi pembangkang. Kehilangan PAS juga bermakna kehilangan undi Melayu. Adakah Bersatu mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS?
Muhyiddin: Kami bersedia, berikan kami masa dan dengan usaha yang lebih, kami akan dapat menunjukkan matlamat kami dan isu-isu yang kami perjuangkan dengan lebih jelas.
Dan kemudiannya apabila kami membentuk kerajaan, kami akan mempunyai keupayaan untuk menyampaikan apa yang rakyat inginkan, saya fikir itu yang lebih penting.
Jadi, membina kepercayaan itu, bukan hanya di kalangan orang Melayu, tetapi rakyat Malaysia secara umumnya, adalah penting.
Kami tidak mahu bersaing dengan PAS dan ia bukan isu sama ada Bersatu boleh melawan PAS.
Jadi, jika kita bergerak lebih jauh ke dalam dan cuba memenangi undi Melayu, tidak kira sama ada mereka bekas Umno atau bekas PAS, saya fikir kami akan dapat menarik sokongan daripada mereka juga.
Ia juga merupakan persoalan masa. PAS sudah lama wujud dan Umno telah juga sudah 60 tahun, sementara kami baru sahaja satu tahun. Jika diberikan masa dan kepimpinan yang baik, saya fikir kami akan dapat melakukan apa yang ingin kami lakukan.
TMI: Jika Umno bergerak jauh ke kanan, ke manakah arah tujuan Bersatu?
Muhyiddin: Apa yang penting bukanlah sama ada di tengah, kiri atau kanan. Apa yang penting adalah melakukan perkara yang betul, untuk rakyat.
Anda boleh mengatakan ia adalah ke kanan atau ke kiri, tetapi apa yang penting adalah apabila kami memutuskan sesuatu, ia bukanlah untuk menunjukkan bahawa kami secara sengaja pergi ke arah yang bertentangan.
Saya rasa rakyat akan mengambil kira sama ada apa yang anda lakukan adalah untuk mereka, kepentingan rakyat, melakukan perkara yang betul atau mengukuhkan institusi. Saya fikir ini adalah isu-isu yang menjadi perhatian rakyat Malaysia secara umumnya.
Saya tidak mahu dianggap sebagai berada di tengah, ke kanan atau ke kiri. Saya hanya mahu melakukan perkara yang betul. Kami tidak akan meniru negara-negara lain kerana alasan yang jelas kerana mereka tidak sama dengan kita. Kami mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
TMI: Adakah mereka akan bermain kad perkauman dan agama di PRU14?
Muhyiddin: Najib dan BN mungkin melakukannya kerana mereka tidak mempunyai isu lain untuk digunakan.
Beliau berfikir bahawa isu-isu ini (kaum dan agama) dekat dengan hati pengundi dan beliau dapat meningkatkan sentimen kebencian dan seumpamanya.
Tetapi ini adalah trend yang berbahaya dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Malaysia dan boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan masalah keselamatan.
Kami perlu berwaspada terhadap taktik sedemikian. Kami mahu membetulkan semua kesalahan yang mereka lakukan.
TMI: Pada tahun 1999, Umno mempunyai masa yang sukar selepas pemecatan Anwar Ibrahim tetapi pada tahun 2004, undi Melayu kembali kepada BN dengan perdana menteri yang baru. Jadi, jika Najib meletakkan jawatan, adakah perubahan akan berlaku?
Muhyiddin: Saya bertanya kepada anda, apakah itu akan menyelesaikan masalah?
Orang ramai menganggap jika Najib meletak jawatan, semuanya akan selesai. Tetapi adakah semuanya akan selesai? Atau hanya sebahagian daripadanya akan selesai?
Ia bukan sahaja mengenai personalitinya. Ia adalah mengenai apa yang telah dilakukannya, dasar yang dimulakannya, kerosakan yang telah dibuatnya di negara ini, dan sisa masalah yang perlu ditangani oleh generasi akan datang.
Hutang berbilion-bilion ringgit yang ditanggung negara dan isu 1MDB masih perlu diselesaikan. Peletakan jawatan Najib tidak akan menyelesaikannya.
Mungkin ia adalah satu perkara yang baik jika beliau disingkirkan daripada menjadi sebahagian daripada sistem itu, tetapi sesiapa yang mengambil alih akan perlu menangani masalah tersebut.
Jadi, saya fikir ia tidak akan berakhir jika Najib digulingkan. Bukan hanya orang itu yang menjadi masalah, tetapi sistem yang sangat korup yang diwujudkan oleh parti itu selama ini sehingga ia tidak lagi mampan.
Jadi, walaupun satu orang boleh menjadi faktor, ia kini sudah menjadi toksik. Apabila sesuatu menjadi toksik, semua yang mereka sentuh menjadi beracun.
TMI: Jadi ini melampaui personaliti?
Muhyiddin: Personaliti adalah satu daripadanya, tetapi sudah tentu ia melampaui personaliti. Masalah yang dihadapi oleh negara hari ini adalah kerana tindakan seorang lelaki dan juga sistem yang korup.
TMI: Apa perkara pertama yang terlintas pada fikiran anda apabila anda menerima berita bahawa anda dipecat dari kabinet?
Muhyiddin: Orang ramai telah bertanya kepada saya jika saya berasa sedih tetapi saya tidak berasa sedih. Sebagai seorang Muslim, saya menerimanya sebagai takdir dan mungkin sebenarnya sesuatu yang baik sekarang ini.
Saya rasa masa itu tepat, kerana Tuhan tidak mahu melihat saya di samping Najib selepas banyak kesalahan yang telah dilakukannya.
Hari ini, saya berasa bebas daripada perasaan ini dan saya tidak lagi terhad oleh masalah yang kita lihat hari ini. Saya tidak akan berasa tenang jika saya terus berkhidmat di sampingnya.
Saya boleh terus berdebat tentang mengapa saya tidak seharusnya dipecat tetapi saya hanya mahu bergerak ke hadapan. Saya rasa masalah yang lebih besar bukanlah mengenai saya sekarang. Saya tidak bercakap tentang diri saya tetapi saya akan bercakap tentang parti saya dan apa yang saya perjuangkan.
Apa yang penting ialah isu-isu Malaysia. - 8 September 2017.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2xU6B54
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eR6iTZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment