Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komik Popular Mr. Kiasu Kembali Lepas ‘Hilang’ 18 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komik Popular Mr. Kiasu Kembali Lepas ‘Hilang’ 18 Tahun



SINGAPURA – Mr. Kiasu, salah satu komik paling popular Singapura, bakal muncul semula selepas ‘lenyap’ selama 18 tahun dengan edisi baharu diberi nama Mr. Kiasu: Everything Also Like Real.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, penerbit Shogakukan Asia menyatakan bahawa komik yang mempunyai 128 halaman itu akan mula dijual di kedai-kedai buku utama seluruh Singapura mulai pada 9 September depan.

Mr. Kiasu: Everything Like Real adalah kemunculan pertama siri itu sejak awal dekad 2000-an. “Kiasu” daripada dialek Hokkien bermaksud takut ketinggalan sering dirujuk sebagai sindiran kepada budaya disiplin Singapura.

Penciptanya Johnny Lau dilaporkan stesen Channel NewsAsia membuat keputusan dramatik untuk menghentikan watak popular itu pada akhir tahun 1999 selepas ia diadaptasi untuk menjadi rancangan sitcom televisyen.
Johnny Lau (kiri) bersama koleksi Mr. Kiasu.

Komik satira itu sebenarnya mula diterbitkan pada 1990 dengan edisi sulung Mr. Kiasu: Everything Also I Want sebelum berkembang kepada majalah The Kiasu, K.S.X Kiasu the Xtraman dan Kiasu Krossover.

Lau bagaimanapun berkata Pengarah Urusan Shogakukan Asia, Bunsho Kajiya meyakinkan beliau untuk ‘hidup’ semula Mr. Kiasu, dengan mengatakan bahawa budaya “kiasu” lebih relevan pada generasi Singapura masa kini.

Mr. Kiasu: Everything Like Real akan dilancarkan dan kemudian dijual pada CharaExpo 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec di sini pada 9 dan 10 September.

Lau, 53, yang juga graduan senibina Universiti Southern California, Amerika Syarikat dijadualkan turut mengadakan ceramah dan sesi tanda tangan semasa acara tersebut.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wZHv7Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.