Konsol Ataribox Menggunakan Linux Dan Cip Pemproses AMD
Beberapa maklumat baru mengenai konsol Ataribox kini diketahui selepas imej acah diperlihatkan oleh pihak Atari. Menurut laporan Venture Beat, Ataribox ialah konsol yang menggunakan sistem operasi Linux. Dari segi perkakasan ia diperkasakan cip pemproses AMD dan kad grafik Radeon. Ini membolehkan ia memainkan permainan PC, menstrim kandungan video, menjalankan aplikasi, melayari web dan memainkan permainan-permainan klasik Atari.
Ini bermakna Ataribox turut boleh memainkan permainan komputer yang menyokong Linux. Ataribox akan dilancarkan pada musim bunga tahun hadapan dengan harga di antara $250-300 (~RM 1053-1264) sebuah. Rekaannya amat retro dengan kemasan kayu sejati yang meminjam rekabentuk konsol Atari 2600 yang dilancarkan 40 tahun yang lalu. Apabil dihidupkan, logo Atari pada bahagian hadapan akan menyala dengan lampu merah. Apakah pendapat anda tentang konsol merangkap PC mini ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fP3swb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment