Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki di Kelantan didenda kerana berseluar pendek untuk bermain futsal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki di Kelantan didenda kerana berseluar pendek untuk bermain futsal

KUALA LUMPUR: Lelaki beragama Islam dianggap melakukan kesalahan dan boleh didenda jika berseluar pendek di Kelantan.

The Star Online melaporkan, individu bernama Wan Khairul Hayyee Wali, 30, didenda kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.

Pekerja am di sebuah kedai yang diberikan notis berkaitan kesalahan itu pada 10.45 Isnin malam memberitahu, dia memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah dan mendakwa tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

“Sangat mengejutkan saya bila pegawai penguatkuasa agama memberikan saya saman, mengatakan saya melanggar Enakmen Jenayah Syariah kerana mendedahkan lutut saya.

“Takkan lah mereka mahu saya pakai kain sarung untuk main futsal,” katanya.

Wan Khairul diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling bulan depan, sekiranya gagal berbuat demikian dia akan dihadapkan ke mahkamah syariah dan boleh didenda RM1,000 jika didapati bersalah.

Dia juga mendakwa cuba menjelaskan kepada pegawai itu yang dia dalam perjalanan untuk bermain futsal dan keluar daripada keretanya sebentar membeli burger untuk isterinya.

“Jika saya tak berhenti untuk membeli burger, saya tidak akan tahu bahawa adalah satu kesalahan untuk berseluar pendek biarpun kita dalam perjalanan nak bersukan," katanya lagi.

Wan Khairul memberitahu dia akan menghadiri sesi kaunseling itu.

“Sekiranya ia kesalahan, mereka perlu beritahu kepada orang awam. Bagaimana kita patut tahu pakai seluar pendek hendak main bola satu kesalahan?" tambahnya.

Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan menjelaskan kod pakaian itu hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

"Kita tidak akan mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam. Kita juga tidak bertindak pun kepada perempuan bukan Islam yang pakai seluar pendek di tempat awam.”

Pegawai itu juga menjelaskan Wan Khairul tidak perlu membayar denda jika dia menghadiri sesi kaunseling yang diarahkan.

"Kami hanya mahu orang Islam berpakaian sopan ketika di tempat awam, selari dengan ajaran agama kita," katanya seperti dilapor The Star Online.



Sumber Lelaki di Kelantan didenda kerana berseluar pendek untuk bermain futsal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xvEsE7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.