Mahadzir mula beri reaksi
“KEADAAN abang stabil dan semalam air matanya mengalir. Saya lihat dia cuba untuk membuka matanya'” kata Danial Lokman mengenai situasi abangnya, Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Danial berkata, keadaan Mahadzir yang juga pengacara dan personaliti televisyen popular itu semakin semakin stabil dan dia seolah-olah boleh mendengar bunyi di sekelilingnya apabila mula memberi reaksi.
“Setakat ini doktor mengesahkan abang menghidap paru-paru berair dan mereka akan melakukan lagi ujian terhadapnya.
“Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan abang dan mendoakannya supaya segera sembuh,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahadzir dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut.
Beliau dibawa ke PPUM awal pagi Ahad selepas anggota keluarganya menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
The post Mahadzir mula beri reaksi appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ys5GIJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment