Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS PERSOAL PENDIRIAN DAP BERTANDING DI KELANTAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS PERSOAL PENDIRIAN DAP BERTANDING DI KELANTAN

KUALA NERUS – Pas menyifatkan tindakan Dap untuk bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) melanggar polisi yang diwujudkan mereka, disamping jelas bertujuan untuk menentang kerajaan di negeri itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, tindakan parti itu dilihat telah menafikan polisi yang dibuat sebelum ini iaitu untuk menentang BN dan Umno.

“Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua parti parti berhak untuk meletakkan calon di kawasan yang mereka kehendaki.

“Tetapi yang jelasnya kini, usaha Dap untuk bertanding di Kelantan yang tidak pernah dilakukan mereka (letak calon) adalah menafikan sikap dan polisi yang diwujudkan sebelum ini iaitu untuk menentang BN dan Umno.

“Tetapi apabila mereka (Dap) mengambil keputusan untuk meletakkan calon di negeri yang tidak pernah bertanding, apatah lagi Pas telah memerintah Kelantan sejak 27 tahun jelas menunjukkan mereka ingin berlawan dengan kita (Pas).

“Namun, kita di pihak Pas tidak sesekali gentar atau berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk Dap dalam PRU-14 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai membuat tinjauan di tapak Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini, petang tadi.

Menurut Nasruddin yang juga ahli parlimen Temerloh itu lagi, jentera Pas kini telah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk hadapi tiga penjuru atau lebih dalam PRU-14 nanti.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah dalam kenyataan yang dibuat beberapa hari lalu membayangkan Dap sedang mengintai peluang untuk bertanding kerusi Dun di Kelantan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan setakat ini Pakatan Harapan belum membincangkan soal agihan kerusi peringkat Dun sebaliknya memberi perhatian di peringkat parlimen.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y71xOd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.