Penyakit Tiada Nama
FLORIDA: Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun menghidap satu keadaan yang sangat jarang ditemui hingga penyakit itu sehingga kini tidak dinamakan.
Katie Renfroe ketika dilahirkan dipercayai menghidap megalencephaly satu keadaan yang menyebabkan otak dan kepala membesar secara luar biasa.
Bagaimanapun, doktor bingung apabila Katie mengalami beberapa keadaan luar biasa yang menyebabkan wajahnya membesar secara luar biasa.
Pakar memberitahu keadaan misteri kanak-kanak itu sangat jarang ditemui dan sehingga kini mereka tidak tahu apakah penyakit itu.
Ibunya, Angie berkata, dia dan keluarganya masih tertunggu-tunggu apakah penyakit anaknya.
“Keadaan Katie sangat luar biasa dan doktor masih tidak mengetahui dia menghidap penyakit apa,” katanya.
Menurutnya, sejak kecil Katie menjalani beberapa pembedahan untuk membuang tisu mukanya yang membesar.
“Apabila Katie menjalani pembedahan apa yang dibuang pada wajahnya berbentuk seperti tisu berlemak.
“Katie juga mengalami beberapa kesan sampingan seperti sawan dan tidak boleh berjalan, bercakap serta terpaksa makan menggunakan tiub,” jelasnya.
Sementara itu, seorang pakar penyakit genetik kanak-kanak, Roman Yusupov berkata, dia memantau perkembangan Katie sejak bayi lagi tetapi sehingga kini dia tidak mengetahui penyakit kanak-kanak itu.
“Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini, Katie sangat unik dan dia mungkin satu dalam sejuta,” katanya. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzWPI3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment