Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Awal Sesi Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Awal Sesi Eropah

Matawang dollar secara keseluruhanya mengukuh dengan prestasi mingguan terbaik sepanjang tahun ini disokong oleh kenaikan hasil-bon U.S yang didorong oleh pelan reformasi cukai Trump. Indeks dollar kini semakin pulih dan keluar daripada paras terendah.

Walaubagaimapun, pasaran masih lagi sangsi dengan matawang U.S dolar dalam jangka masa panjang rentetan pelan reformasi cukai yang masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kongres.

”Kita perlukan data yang lebih jelas dengan kemajuan pelan reformasi melalui Kongres sebelum matawang dolar U.S meneruskan kenaikan.” kata Thu Lan Nguyen, pakar strategi FX di Commerzbank AG.

Indeks Dollar berada pada paras 93.12 iaitu peningkatan sebanyak 1% pada minggu ini seterusnya meletakkan indeks dollar pada prestasi terbaik sejak Disember tahun lepas.

Data yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari mendatang dijangka akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang keadaan ekonomi U.S.

Para pelabur akan menumpukan pada data ekonomi U.S termasuk indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) bulan Ogos yang akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 8.30 malam, dan data pekerjaan U.S yang akan dikeluarkan pada 6 Oktober.

Para pelabur berpendapat dollar U.S akan meningkat buat masa ini kerana data-data yang dikeluarkan menyokong pasaran bon.

Matawang eropah menyusut pertama kali sejak Februari pada bulan ini disebabkan sentimen pilihan raya Jerman.

Matawang euro mendatar pada $1.1791 dan menurun menghampiri 1% dalam bulan ini.

Data inflasi zon eropah antara faktor-faktor yang dapat memberi kesan terhadap pasaran matawang euro. Sasaran inflasi yang ditetapkan adalah pada 2 peratus namun bacaan inflasi yang dikeluarkan bagi bulan September dijangka berada pada paras 1.6%. diikuti bacaan bula Ogos lalu pada 1.5%.

The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang (Forex) Setakat Awal Sesi Eropah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k83Vhr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.