Perintah darurat British Columbia dilanjutkan
MONTREAL: Kanada melanjutkan tempoh perintah darurat wilayah barat British Colombia susulan kebakaran hutan membabitkan ribuan beribu-ribu anggota bomba yang masih berusaha memadamkan kebakaran dalam tempoh beberapa bulan.
Pengumuman perintah itu diperbaharui untuk kali keempat sejak ia pertama kali diumumkan 7 Julai lalu.
Perintah itu juga membolehkan peralatan memadam kebakaran dan pemindahan penduduk di kawasan yang dilanda kebakaran dilakukan.
British Columbia mengalami musim panas terburuk yang menyebabkan suhu melonjak naik manakala kadar hujan rendah.
Setakat ini, seramai 50,000 penduduk yang terpaksa dipindahkan dibenarkan kembali ke rumah tetapi 3,600 orang lagi belum dibenarkan pulang.
Jumaat lalu, 160 kebakaran masih aktif dilaporkan di wilayah itu.
Kawasan paling teruk terbakar membabitkan 493,000 di kawasan pergunungan di Qusnel yang kurang penduduk.
Menurut jabatan bomba, seramai 600 anggota, 30 helikopter dan 89 jentera dikerahkan untuk memadam kebakaran di kawasan tinggi. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqJSin
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment