Rasmi : Nokia 8 Dengan Dwi-Kamera Zeiss Dan Cip Snapdragon 835 Berharga RM2299
HMD Global hari ini telah melancarkan secara rasmi telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 8. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon pintar flagship berjenama Nokia, dan menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik.
Nokia 8 hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci dengan paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan dwi-kamera dengan lensa Zeiss. Ia mengabungkan sensor 13-megapixel dan turut dilengkapi sokongan penstriman langsung menggunakan kamera hadapan dan belakang pada waktu sama dinamakan Bothie. Untuk tujuan selfie, ia turut menggunakan sensor 13-megapixel.
Di Malaysia, Nokia 8 ini telah mula dijual pada harga RM2299, dan boleh didapati daripada para pengedar peranti Nokia seluruh negara.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgKmJV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment