Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya akur dengan titah tuanku dan sudah menarik semula papan terbabit”-Pemilik dobi Muslim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya akur dengan titah tuanku dan sudah menarik semula papan terbabit”-Pemilik dobi Muslim

PEMILIK kedai dobi yang mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya meletakkan papan tanda untuk Muslim di Muar akur titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baca artikel sebelum: Sultan Johor arah dobi khas untuk Muslim ditamatkan segera atau ditutup oleh baginda sendiri, Dia buat orang Johor malu

Pemilik kedai dobi berkenaan menyatakan kesungguhannya itu dengan menarik semula papan berkenaan.

“Saya akur dengan titah tuanku (Sultan Ibrahim) dan sudah menarik semula papan terbabit,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Sementara itu, Sultan Johor menerusi laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris dilapor murka serta menitahkan supaya kedai dobi hanya untuk Muslim di Muar supaya segera menghentikan amalan diskriminasi atau baginda sendiri akan menutup perniagaannya.

Baginda dilapor turut menitahkan pengerusi jawatankuasa hal ehwal Islam, Abdul Mutalib Abd Rahim, Majlis Agama dan Majlis Daerah untuk menyiasat perkara itu.

Isu berkaitan dobi berkenaan menjadi tular minggu lalu apabila ia dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.

Berdasarkan gambar yang tular di laman sosial, tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Di Luar pada papan tanda terbabit.

 

Sumber; Harian Metro



Sumber “Saya akur dengan titah tuanku dan sudah menarik semula papan terbabit”-Pemilik dobi Muslim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wWkcXT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.