Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen: Yellen Menyokong Kenaikan Kadar Faedah, Hasil Bon US Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen: Yellen Menyokong Kenaikan Kadar Faedah, Hasil Bon US Meningkat

  • Pasaran Pertukaran Matawang Asing

Awal pagi tadi, Yellen berucap dengan nada yang bercampur. Beliau mengatakan pendekatan dasar paling sesuai ketika ini adalah menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur, namun turut mengutarakan kebimbangan terhadap pergerakan inflasi yang terlalu perlahan, dan mungkin memaksa kadar faedah kekal di paras yang rendah lebih lama, sekali gus mengurangkan kebolehan bank pusat untuk melonggarkan dasar monetari ketika pasaran sedang ditekan.

Ketidakpastian Yellen dalam pandangan beliau terhadap kenaikan kadar telah melemahkan sedikit kekuatan dolar berbanding matawang lain. Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh daripada paras 93.08 kepada 92.85.

Walau bagaimanapun indeks USD masik kekal di paras yang tinggi dengan penutupan yang positif, masih berada di sekitar paras 92.84 pada jam 9.45 pagi. Sentimen pasaran masih berpihak kepada pengukuhan dolar.

Kesemua pasangan matawang kecuali yen mengambil kesempatan atas kelemahan sementara dolar dengan menutup sedikit kerugian selepas dolar mula mengukuh bermula awal sesi dagangan Asia semalam.

Yen pula secara keseluruhannya lemah apabila tumpuan pasaran beralih kepada ucapan Yellen, mengurangkan kebimbangan terhadap risiko ketegangan antara Korea Utara dan Amerika.

  • Pasaran saham

Berikut adalah pergerakan semasa saham Asia setakat jam 9.45 pagi:

Nikkei 225 (Jepun) : 0.00%
KOSPI 200 (Korea Selatan) : -0.10%
ASX 200 (Australia) : -0.67%

Berikut pula adalah pergerakan indeks hadapan Wallstreet:

Dow Jones Futures : -0.07%
Nasdaq Futures: -0.04%
S&P 500 Futures: -0.02%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat melonjak apabila pasaran melihat Yellen menyokong jangkaan kenaikan kadar faedah Fed tahun ini dalam ucapan beliau awal pagi tadi. Berikutan adalah jumlah peratusan kenaikan nilai bon setakat jam 9.45 pagi:

US-10Y Yield : +0.46%
US-5Y Yield : +0.63%
US-30Y Yield : +0.22%

  • Pasaran Komoditi

Pasaran emas juga jatuh berikutan ketegangan dan risiko geopolitik di Korea Utara semakin reda, dengan tumpuan beralih kepada ucapan Yellen dan data-data ekonomi.

Pasaran minyak volatile sepanjang pasaran yang lalu, namun masih kekal di paras yang tinggi. Laporan minyak EIA menjadi tumpuan pasaran hari ini.

Minyak mentah WTI: +0.44%
Minyak Brent: -0.02%

The post Sentimen: Yellen Menyokong Kenaikan Kadar Faedah, Hasil Bon US Meningkat appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hxNC9i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.