Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setelah Anak Berkahwin Baru Tahu Menantu Rupanya Sama Jantina Dengan Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setelah Anak Berkahwin Baru Tahu Menantu Rupanya Sama Jantina Dengan Anak







Seorang ibu yang curiga dengan suara dan bentuk fizikal calon suami anak perempuannya terkejut selepas mendapati bakal menantunya sebenarnya wanita.

Penipuan itu terbongkar sebelum anak perempuannya, Wilis Setyowati, 26, melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Pratama.

Pratama meminang wanita itu pada 31 Ogos lalu dan majlis pernikahan mereka dirancang pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, keluarga Wilis curiga selepas mendapati suara dan ciri fizikal Pratama tidak seperti lelaki.

Kerana curiga ibu wanita itu membuat laporan polis kerana mengesyaki Pratama adalah wanita.

Jurucakap polis Purworejo, Kholiq Mawardi berkata, susulan laporan itu polis menahan Pratama tetapi mendapati dokumen pengenalan diri menunjukkan dia adalah lelaki.

“Kerana tidak berpuas hati, kami membawa Pratama ke hospital untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan bahawa dia adalah wanita.

“Wanita itu akhirnya mengaku dia menyamar sebagai lelaki semata-mata mahu berkahwin dengan Wilis yang juga kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu atau nama sebenarnya Nova Aprida Avriani juga mengaku memalsukan dokumen pengenalan diri untuk menyamar sebagai lelaki.

“Kami kemudian menahan Nova Aprida dan menetapkan wanita itu sebagai suspek kes penipuan dan pemalsuan dokumen.

“Suspek didakwa mengikut Fasal 263 berkaitan pemalsuan dokumen dan berdepan hukuman penjara enam tahun jika didapati bersalah,” jelasnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eQzZF2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.