Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek datang balai beri keterangan dan terus ditahan untuk siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek datang balai beri keterangan dan terus ditahan untuk siasatan

KUALA LUMPUR - Susulan video seorang lelaki bertengkar dengan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) viral di media sosial, polis telah menahan pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan, lapor Berita Harian. 
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu telah ditangkap pada jam 6.30 pagi tadi ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan. 
Difahamkan, anggota penguat kuasa DBKL terbabit juga sudah tampil membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentul, semalam. 
Berdasarkan laporan, anggota berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika dia bersama rakan setugas dan dua pekerja syarikat kunci tayar menjalankan operasi di Taman Segar, Cheras pada jam 12.46 tengah hari. 
"Dalam operasi itu, pengadu (anggota DBKL) dan rakannya mengunci tayar sebuah kereta Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletak kenderaan di luar petak. 
"Tidak lama kemudian selepas menerima arahan dari pusat kawalan DBKL, pengadu datang semula ke lokasi berkenaan untuk membuka kunci tayar kereta itu kerana pemiliknya mahu membayar denda. 
"Bagaimanapun kedua-duanya dipercayai berselisihan faham sehingga mencetuskan pertengkaran dan insiden tolak menolak," katanya. 
Kok Sin berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah," katanya. 



Sumber Suspek datang balai beri keterangan dan terus ditahan untuk siasatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xEr3cq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.