Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek kes bakar pusat tahfiz akan didakwa membunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek kes bakar pusat tahfiz akan didakwa membunuh

KUALA LUMPUR - Enam suspek kes kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan didakwa di mahkamah, esok. Bagaimanapun, nasib seorang lagi suspek akan diketahui esok, lapor Harian Metro. 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hanya sebahagian daripada suspek-suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Manakala suspek yang lain akan didakwa mengikut seksyen berbeza, iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952. 
"Siasatan mendapati, tidak semua suspek terbabit dalam kejadian itu. Mereka ada ketika kejadian, namun tidak terbabit. 
"Hanya sebahagian daripada mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302," katanya.
 
Noor Rashid berkata, pihaknya tidak akan berpuas hati terhadap siasatan dan akan terus menjalankan siasatan walaupun kes sudah dituduh. 
"Jika ada ruang dan maklumat terbaru, kita akan teruskan siasatan. Kes masih berjalan namun apa yang boleh saya katakan, kes sudah selesai," katanya. 
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suspek-suspek terlibat dan meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang berat terhadap mereka. 


Walau apa jua keputusan mahkamah kelak, semoga ahli keluarga mangsa dapat menerimanya dengan hati terbuka. Semoga kesemua mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya. 


Sumber Suspek kes bakar pusat tahfiz akan didakwa membunuh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k3w2yf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.