“Tak semestinya saya tak bertudung saya jahat. Saya lakukan atas kerelaan hati” – kata Saerah walaupun mendapat tentangan keluarga
Penyanyi, Siti Saerah, 34, menjelaskan tindakannya tidak lagi berhijab bukan kerana ingin kembali menyanyi atau sedang hangat bercinta.
Sebaliknya, adik Datuk Siti Nurhaliza ini memberitahu, dia tidak mahu menjadi insan hipokrit.
Namun, Siti Saerah menjelaskan, bukan niat dirinya mempermainkan agama, sebaliknya keputusannya itu didorong kata hati selepas bercerai tiga tahun lalu.
“Selepas bercerai, saya ambil masa setahun menyepi. Ketika itu berlaku perubahan pada diri saya. Saya tak sempurna mana dan ada kekurangan yang perlu diperbaiki.
“Tak semestinya saya tak bertudung saya jahat, tetapi saya mengharapkan yang terbaik selepas ini. Apa yang saya lakukan ini atas kerelaan hati,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival KL Xtravaganza, di sini.
Walaupun mendapat tentangan keluarga, Siti Saerah berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kehendaknya sendiri.
Sedia menerima kritikan netizen, Siti Saerah turut mendapat nasihat daripada Siti Nurhaliza yang mahu melihat dirinya kembali berubah.
“Pada mulanya keluarga memang ada bertanya kenapa berubah? Tetapi, selepas faham apa yang saya rasa, mereka mahukan yang terbaik untuk saya. Kakak Siti ada beri nasihat dan tidak mendesak. Ini kerana dia faham saya sudah besar serta boleh berfikir dengan apa yang saya lakukan,” katanya.
Menyentuh mengenai percintaannya dengan pemuda bernama Mohd Sharidan, 30, yang dikenali sejak 2009, Siti Saerah berkata, mereka kembali bertemu sejak setahun lalu selepas terputus hubungan.
“Kami sudah lama kenal, cuma selepas empat tahun bercerai baru jumpa balik. Anak-anak saya pun menerima dia dengan baik dan saya mengharapkan doa daripada semua.
“Saya seorang yang perlukan seseorang yang boleh bagi sokongan dan semangat bukan kerana tak boleh hidup tanpa lelaki. Walaupun ada yang mengkritik, tetapi saya pekakkan telinga,” katanya.
Masih di peringkat mengenal hati budi, Siti Saerah berkata, dia tidak terburu-buru dalam mendirikan rumah tangga kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya semula.
Membuat kemunculan semula dalam industri dengan penampilan single terbaharu berjudul Hanya Restu selepas tujuh tahun, Siti Saerah mengharapkan buah tangannya itu mampu mengembalikan namanya dalam industri.
Siti Saerah pernah mendirikan rumah tangga bersama Saiful Anuar Ahmad Shafie dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Namun, mahligai yang dibina pada 2010 itu gagal diselamatkan empat tahun kemudian.
Sumber: BH Online
Sumber “Tak semestinya saya tak bertudung saya jahat. Saya lakukan atas kerelaan hati” – kata Saerah walaupun mendapat tentangan keluarga
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j6qrH0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment